Ketagihan Gajet Sama Seperti Ketagihan Dadah
Menghantar mesej, mencari maklumat, merakam suara dan mengambil gambar antara aktiviti lazim pengguna telefon pintar pada hari ini.
'Kuasa' telefon pintar ini sebagai medium komunikasi meliputi produktiviti tugasan harian.
Hari ini, baik semasa memandu, melepak bahkan pada waktu makan, kehidupan kita seakan-akan tiada erti nya tanpa gajet ini di tangan.
Jika dahulu fenomena ini sesuatu yang asing, kini ia menjadi satu masa lah yang serius khususnya dalam kalangan remaja bahkan sebahagian orang dewasa.
Menurut Manual Diagnostik dan Statistik Gangguan Mental Siri Kelima, pengguna yang mempunyai kecenderungan tinggi menggunakan telefon pintar lebih kerap turut dilabelkan sebagai 'pengguna bermasalah'.
Kemurungan, keresahan, insomnia dan gejala ketagihan merupakan antara kesan yang boleh berlaku akibat penggunaan skrin gajet yang berlebihan atau berterusan.
Menurut Pakar Psikologi Klinikal Pusat Perubatan Subang Jaya, Simpson Khoo, kesan negatif penggunaan telefon juga berhubung kait dengan keadaan tidur tidak sihat hingga mengganggu kualiti kehidupan.
Masalah kesihatan
Perasaan gian yang timbul dalam kalangan pengguna gajet berlaku apabila bahagian otak yang mengawal tingkah laku keseronokan diaktifkan. Keadaan ini sekaligus meningkatkan penghasilan sejenis bahan kimia di dalam otak yang dikenali sebagai dopamin. Ketagihan bermain telefon juga mengehadkan interaksi antara masyarakat menyebabkan pengasingan sosial dan kesunyian pada kemudian hari.
"Menghabiskan masa berlebihan untuk permainan atau media sosial boleh menyebabkan seseorang sukar memberi tumpuan pada tugasan. Masalah fizikal juga boleh berlaku apabila postur lemah dan mata mengalami ketegangan. Masalah ini lazimnya dikaitkan dengan penggunaan telefon dalam tempoh yang panjang," ujarnya ketika dihubungi Majoriti 7.
Had masa
Namun, katanya tiada tempoh masa tertentu yang ditetapkan untuk menggunakan telefon. Justeru, orang ramai dinasihatkan supaya menggunakannya secara sederhana.
Walaupun penggunaan telefon pintar memberi impak positif kepada industri telekomunikasi dan lain-lain, namun masyarakat juga terkesan daripadanya.
Berkongsi garis panduan, Simpson menjelaskan, orang dewasa di negara ini menghabiskan sekurang-kurangnya dua jam sehari untuk melayari internet.
Persatuan Psikologi Amerika mengesyorkan penggunaan teknologi secara sihat melibatkan penetapan had masa.
"Misalnya, tiada penggunaan telefon semasa makan atau perhimpunan sosial. Beri keutamaan pada tidur dengan mengelakkan penggunaan telefon bimbit sebelum tidur," ujarnya.
Akademi Pakar Kanak-Kanak Amerika Syarikat mencadangkan, masa bermain gajet untuk kanak-kanak bergantung pada usia mereka. Akademi itu menegaskan, ibu bapa tidak digalakkan menggunakan gajet bagi anak yang berusia kurang 18 bulan untuk menonton kartun.
Bagi kanak-kanak yang berumur 18 bulan hingga 24 bulan,ibu bapa harus memilih pengaturcaraan berkualiti tinggi dan menonton bersama anak-anak mereka. Kanak-kanak yang berusia dua hingga lima tahun pula, tempoh penggunaan gajet untuk mereka hanya satu jam.
"Pakar-pakar menggalakkan ibu bapa memantau penggunaan gajet dalam kalangan kanak-kanak. Otak kanak-kanak masih dalam tumbesaran dan pembangunan kendiri, kawalan motor kasar dan halus mereka perlu diberi perhatian. Keperluan ini berbeza jika dibandingkan dengan orang dewasa kerana mereka mampu membuat keputusan," katanya.
Dalam sesetengah kes, orang dewasa yang terlalu obses dengan gajet boleh mengalami gejala yang hampir sama seperti individu ketagihan dadah. Seakan gian jika berhenti menggunakan gajet dan mereka cepat marah bah kan sukar tidur. Tidur adalah tonggak asas kesihatan dan kesejahteraan manusia. Kekurangan tidur boleh menjejaskan kesihatan mental dan fizikal.
Semasa tidur, otak menyatukan ingatan, memproses maklumat yang dipelajari pada siang hari dan membuang bahan buangan. Tidur adalah penting untuk penyatuan ingatan," jelasnya.
Pola tidur
Cahaya biru yang dipancarkan skrin telefon mengganggu pengeluaran melatonin atau hormon mengawal kitaran tidur. Kesan kurang tidur pula, boleh mem burukkan lagi emosi dan menjadikan seseorang lebih sukar untuk menguruskan tekanan.
Tidur juga penting untuk proses kesihatan fizikal seperti pembaikan tisu, perturnbuhan otot dan peraturan hormon. Katanya, kesan penggunaan telefon secara berlebihan sering dikaitkan dengan kesihata:n mental.
"Ketagihan gajet dan teknologi juga dikaitkan dengan peningkatan kes keresahan dan kebimbangan sosial. Perbandingan secara berterusan dan gambaran tidak realistik di media sosial boleh mencetuskan rasa tidak cukup atau kurang bersyukur pada mereka yang melihatnya," jelas beliau.
Menurut Simpson, tempoh masa tidur yang normal adalah antara 10 hingga 20 minit selepas berada di atas katil. la dipanggil pendaman tidur (sleep latency).
"Ukuran parameter lain perlu dititik beratkan adalah jumlah jam tidur, waktu bangun, kadar penggunaan ubat bantu tidur dan perasaan ketika bangun tidur.
"Seseorang tidak boleh paksa diri sendiri untuk tidur, namun pesakit insomnia disaran supaya melakukan beberapa amalan untuk mendapat tidur yanglebih baik. lni kita panggil sebagai kesihatan tidur (sleep hygiene)," katanya konsep itu penting untuk mengelakkan seseorang mendapat insomnia.
Kesihatan tidur merujuk waktu tidur yang konsisten, bilik senyap, tidak mempunyai cahaya terang dan tidak panas. Selain itu, katil atau alas tidur yang selesa yang dapat menampung tulang belakang.
Source: Majoriti7